26 Julai 2011

Ambillah peluang...

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera..sementara berpeluang ni, saya nak memberikan pendapat (jika ada yang berminat) terutamanya yang bekerja di sektor awam. Pengalaman adalah sesuatu yang sangat2 berharga kerana dengan pengalamanlah, ilmu bertambah mantap.

Pengalaman tu pulak..sama ada pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, melalui pembacaan ataupun pemerhatian dan sebagainya.

Apabila nak digabungkan pulak dengan ilmu, lebih kurang samalah juga dengan pengalaman tu tadi. Ada 'guru' yang akan turunkan segala ilmu yag dia ada, ada yang turunkan sedikit sahaja bila diminta dan ada yang sampai ke sudah..serupa takde. Dia tak nak kongsi la tu..takut nanti orang lagi terer.

Apapun, semua ILMU itu milik Allah. Apa salahnya kita berkongsi..kalau ditarik ilmu tu olehNya? tak ke naya nanti...

Ramadhan menjelang...

Pejam celik dah nak sambut Ramadhan semula...huhu..seronok, apatah lagi bila ngenangkan zaman kecik2 dulu masa kat kampung...dalam pada tu, terbit juga kesayuan kerana hampir 2 tahun jugalah ayah telah meninggalkan kami..Al-Fatehah buatnya..moga2 ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...aminnn

19 Oktober 2010

Pengalaman

Ini adalah antara pengalaman hidup saya. Ada yang saya alami berseorangan dan ada yang bersama orang lain. So, kali ini saya akan bercerita tentang bagaimana payahnya mencari duit ketika dulu.

Masa itu, saya bekerja di kilang papan di Bandar Pusat Jengka, Pahang. Kilang Papan Bukit Indah sebagai pembantu foreman. Gajipun murah, RM 200 campur duit makan RM 50. Jadi nak dpt duit lebih sikit pegi la ke kilang tu pada Sabtu atau Ahad mencuci forklift. Saya akan pegi dengan adik, Khalid namanya. Sekali cuci dapat la RM 20-RM 30 lebih kurang. Bahagi la dua. Dapat la tambah sikit-sikit untuk keperluan rumah.

Sekarang ni, wang dengan nilai tu, kalau pegi kedai, sekali pegi dah habis.

17 Oktober 2010

Salam Pengenalan...

Saya cuba untuk membuat sesuatu yang baru seperti menulis. Harap2 ia akan memberi kepuasan kepada diri sendiri di samping berkongsi cerita, pengalaman dan lain-lain. Mana2 kekurangan akan dibaiki supaya lebih menarik. Terima kasih.